Amazon Haul Dilancarkan Untuk Bersaing Dengan Temu dan Shein
Effi Saharudin
Dominasi Amazon di negara barat masih lagi kukuh tetapi kini mula menerima persaingan daripada laman edagang China seperti Temu dan Shein yang menawarkan barangan pada harga yang lebih mampu milik. Untuk menentang persaingan ini Amazon Haul telah dilancarkan hari ini.

Amazon Haul menawarkan produk yang dijual pada harga maksimum $20 dan serendah $1 yang menyasarkan pengguna yang tidak mahu berbelanja lebih ketika membeli belah di atas talian. Produk yang ditawarkan adalah terdiri daripada pakaian, keperluan rumah dan peralatan elektronik. Penghantaran percuma diberikan untuk pembelian melebihi $25.
Selain itu aplikasi Haul juga mirip antaramuka Temu dan Shein dengan iklan menunjukkan produk yang sedang diberikan potongan harga melampau. Ia dilancarkan tepat pada masanya sebelum penawaran Black Friday yang akan berlangsung 29 November depan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.