Spotify kini bukan lagi platform penstriman muzik yang anda kenal, kerana kini mereka telah mengikut strategi seakan platform untuk pencipta kandungan seperti TikTok dan YouTube. Baru-baru ini, Spotify Partner Program diperkenalkan untuk pencipta kandungan spotify menjana pendapatan.
Melalui program ini, kandungan video podsiar yang popular dan audio podsiar akan melayakkan pencipta kandungan menjana pendapatan berdasarkan jumlah pendengar/penonton dan juga paparan iklan. Spotify menyatakan jumlah pengguna yang menonton video di platform mereka semakin meningkat dan ingin memudahkan kepada para pencipta kandungan untuk berhubung dengan peminat sambil menjana pendapatan.
Untuk pencipta kandungan dari Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom dan Australia yang layak, mereka boleh mula mendaftarkan diri untuk Spotify Partner Program bermula bulan Januari 2025. Sementara untuk pengguna Premium di negara sama, turut akan dapat menikmati pengalaman menonton video bebas iklan.
Di Malaysia, kandungan video terhad kepada video muzik sahaja buat masa ini.