Huawei Mate 70 Dijangka Diperkenalkan Pada 26 November
Aman
Bagi para peminat peranti dan gajet, semestinya salah satu peranti yang dinantikan setiap tahun adalah penawaran telefon mercu oleh Huawei, dibawah siri Mate. Untuk tahun 2024 ini, Huawei dijangka memperkenalkan Huawei Mate 70. Berkongsi berkenaan dengannya Richard Yu dari Huawei berkongsi mengatakan Huawei Mate 70 akan diperkenalkan pada 26 November 2024 kelak.

Huawei dijangka perkenalkan peranti berkenaan untuk pasaran China terlebih dahulu, dalam beberapa variasi berbeza. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi apakah kelebihan yang akan dibawakan oleh Mate 70 ini.
Seperti biasa, Huawei dijangka mengejutkan ramai melalui rekaan peranti serta kemampuan kameranya. Mate 70 juga dijangka hadir dengan cip Kirin yang menyokong 5G.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan telefon Huawei Mate 70 yang turut akan dikuasakan HarmonyOS 5.0 bebas Android pada penghujung bulan ini.