Bluesky Mengatakan Tidak Akan Melatih Model AI Menggunakan Perkongsian Pengguna
Aman
Bluesky, salah satu laman sosial yang semakin meningkat popularitinya, kini berkongsi mengatakan tidak mempunyai sebarang perancangan untuk melatih model kecerdasan buatan mereka tersendiri, menggunakan perkongsian para pengguna.
Perkongsian ini hadir selari implementasi pihak X (atau dulunya Twitter) yang akan melatih model kecerdasan buatan mereka menggunakan perkongsian awam di platform tersebut. Perkara ini sendiri membuatkan sejumlah pengguna dan jenama meninggalkan platform tersebut.
Bluesky sekadar menekankan mereka akan menggunakan sokongan kecerdasan buatan dalam menapis kandungan, selain pada masa yang sama untuk algoritma garis latar mereka. Namun, tiada sebarang perancangan untuk melatih GenAI menggunakan perkongsian awam di platform Bluesky.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.