Bytedance, syarikat induk disebalik TikTok kini dilaporkan dinilaikan sekitar $300 bilion, berdasarkan kepada tawaran pembelian saham kembali oleh pihak Bytedance.
Sebelum ini, Bytedance dinilaikan sekitar $268 bilion pada Disember 2023, dan nilainya dilihat terus meningkat naik dari bulan ke bulan. Peningkatan nilai ini juga memperlihatkan Bytedance yakin tidak akan terkesan dengan pergerakkan di pasaran Amerika Syarikat – malah terdapat kemungkinan mereka boleh beroperasi terus di Amerika Syarikat tanpa halangan.
Selain TikTok, Bytedance turut mempunyai sejumlah perkhidmatan lain, termasuk penawaran perkhidmatan chat berasaskan kecerdasan butan di China, selain perkhidmatan Lemon8 yang turut menjadi fokus mereka kebelakangan ini.