Passkey adalah protokol log masuk baharu yang diyakini lebih selamat kerana ia menggunakan data biometri pengguna sebagai pengesahan identiti untuk log masuk. Ia juga adalah kaedah log masuk bebas kata laluan. Terbaru, WeChat telah mengintegrasikan kaedah log masuk ini pada aplikasi iOS mereka.
Menurut WeChat untuk pengguna iPhone menggunakan ciri ini, peranti harus menjalankan sekurang-kurangnya iOS 16, ciri iCloud Keychain diaktifkan dan Apple ID menggunakan pengesahan dwi-faktor. Kemudian di dalam aplikasi cari Me dan tekan Settings, pilih Account & Security, dan tekan Passkey. Selepas selesai, setiap kali log masuk ke aplikasi WeChat anda boleh menggunakan Face ID atau data passkey yang sudah tersedia dalam peranti.
Passkey adalah kaedah log masuk yang menerima pengiktirafan FIDO dan digunakan oleh banyak pengeluar seperti Google, Apple, Microsoft dan ramai lagi. Data passkey boleh digunakan secara rentas-peranti dan turut boleh diimport atau eksport.