Realme Pad 2 Lite dan Buds T310 Juga Di Malaysia Pada Harga Bermula RM199
Effi Saharudin
Selain GT7 Pro, Realme Malaysia turut melancarkan tablet Realme Pad 2 Lite dan fon telinga Realme Buds 3 T310 sebentar tadi. Realme Pad 2 Lite dilengkapi skrin 10.95″ IPS LCD FHD dengan kadar segar semula 90Hz, dijana cip Dimensity G99, memori 4GB RAM, storan 128GB dan bateri sebesar 8300 mAh yang menyokong pengecasan 15W SuprVOOC.

Kamera pula terdiri daripada 8MP f/2.0 di belakang dan 5MP f/2.2 di hadapan. Tablet juga menggunakan sistem operasi Realme UI 5.0 berasaskan Android 14. Ciri tambahan yang diberikan ialah sistem audio OReality Audio yang dilengkapi empat speaker dan juga tambahan memori secara maya sebanyak 4GB lagi.

Seterusnya ialah Realme Buds T310 yang hadiri dengan pemandu audio sebesar 12.4 mm dengan sokongan audio spatial serta pembatalan hingar hibrid. Setiap putik audio boleh beroperasi sehingga 9 jam atau sehingga 40 jam jika pembatalan hingar dimatikan. Ia berkurangan ke 6/26 jam jika pembatalan hingar digunakan. Pengecasan selama 10 minit mampu menawarkan masa penggunaan sehingga 5 jam.
TWS ini turut menyokong tambatan kepada dua peranti secara serentak dan juga melepasi piawaian kalis debu serta air IP55. Ianya tahan peluh untuk digunakan ketika melakukan aktiviti sukan.

Di Malaysia Realme Pad 2 Lite dijual pada harga RM899 dalam pilihan warna Monet Purple dan Serene Gray. Sementara itu Realme Buds T310 pula dijual pada harga RM199 dalam pilihan warna Monet Purple, Coal Black dan Paper White.