Lebih 80% Pengguna Netflix Kini Menonton Kandungan Korea Selatan
Aman
Jikalau anda perhatikan pada penawaran kandungan di Netflix, mungkin menyedari akan penawaran kandungan terbitan Korea Selatan yang agak tinggi berbanding negara lain. Hal ini dilihat selari dengan pengguna seluruh dunia yang gemar menonton kandungan dari negara tersebut. Mengikut data Netflix, ia dikatakan lebih 80% pengguna Netflix seluruh dunia yang menonton kandungan Korea.

Selain kandungan Korea semata, lebih 70% tontonan yang berlaku di platform Netflix hari ini adalah sama ada dengan sarikata ataupun merupakan versi alih-bahasa – sekaligus memperlihatkan permintaan untuk kandungan antarabangsa berbanding kandungan berbahasa Inggeris semata.
Selari permintaan untuk kandungan antarabangsa, Netflix turut mengatakan kini penerbit kandungan boleh mencapai dan mempertontonkan karya dan cerita mereka kepada lebih ramai pengguna seluruh dunia melalui platform penstriman berkenaan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.