Dalam masa seminggu sahaja jumlah pengguna Bluesky meningkat 33.3% dan kini ia mempunyai 20 juta pengguna. Sebelum ini seperti kami laporkan mereka mencatatkan 15 juta pengguna hanya seminggu lalu. Peningkatan jumlah pengguna berkait rapat dengan penghijrahan pengguna X yang meninggalkan platform milik Elon Musk yang dilihat sebagai bermasalah.
Populariti Bluesky dapat dilihat di carta Play Store dan App Store dengan ia berada di tangga teratas untuk aplikasi percuma dengan jumlah muat turun tertinggi. Penghijrahan ke Bluesky walaupun baik untuk platform mewujudkan masalah kepada pengendali dengan perkhidmatan tergendala beberapa kali kerana trafik yang tinggi.
Selain orang ramai, beberapa selebriti, jenama dan kelab sukan ternama turut mengumumkan mereka berhijrah ke Bluesky dan tidak lagi akan menggunakan X.