Android Akan Mempunyai Ciri Mengurangkan Mabuk Pergerakan Mirip iOS
Fahim Zahar
Vehicle Motion Cues atau Isyarat Pergerakan Kenderaan adalah antara ciri yang diperkenalkan oleh Apple dalam iOS 18. Ia membolehkan pengguna yang mempunyai masalah mabuk pergerakan ketika di dalam kenderaan untuk menggunakan iPhone tanpa merasa loya. Kelak ciri yang serupa turut akan diperkenalkan di Android.

Menurut laporan Android Authority, dalam kod Google Play Services versi v24.46.30 terdapat ciri baharu yang diberi nama Motion Cues. Buat masa ini masih tidak pasti bagaimana ciri ini akan kelihatan pada peranti Android. Besar kemungkinan ia akan mengikut kaedah Apple, di mana terdapat tanda-tanda berbentuk bulat berwarna hitam dan putih bergerak mengikut pergerakan kenderaan agar kandungan dalam peranti boleh dilihat dengan tenang.
Turut tidak pasti adalah, adakah Google akan mengehadkan ciri ini kepada versi Android dan peranti tertentu sahaja atau akan diberikan kepada semua pengguna Android kerana kemas kini melalui Play Store? Sama-sama kita nantikan.
[sumber] Android Authority [/sumber]