Penggunaan Soket Elektrik dan USB Dalam Bas Kini Diharamkan Di Malaysia
Effi Saharudin
Penggunaan soket elektrik tiga pin dan juga palam USB dalam bas kini diharamkan secara serta merta dalam semua bas di Malaysia. Keputusan ini diumumkan oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke hari ini menurut laporan Bernama.

Sebelum ini Kementerian Pengangkutan (MOT) sekadar memberikan arahan pengharaman sementara waktu sahaja penggunaan soket elektrik dalam bas ekspres. Arahan kini dikembangkan ke semua bas dan juga melibatkan palam USB yang digunakan penumpang untuk pengecasan peranti.
Risiko penggunaan soket elektrik mendapat perhatian selepas kematian seorang pelajar berumur 18 tahun akibat renjatan elektrik pada awal bulan ini. Menurut Loke, pemasangan pendawaian elektrik oleh pihak tidak bertauliah antara punca insiden renjatan dalam bas. Tidak seperti dalam kapal terbang dan kereta api, tidak wujud piawaian khusus untuk sistem pendawaian soket elektrik dalam bas di Malaysia.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.