Aplikasi nota oleh kebanyakan pengeluar peranti sekarang pasti mempunyai ciri AI generatif terbina. Samsung Notes dan Apple Notes boleh menjana teks dan menjana imej, kemudian aplikasi nota pada peranti vivo boleh merumuskan kandungan teks dan Google Keep pula mempunyai kemampuan menjana senarai. Akan datang, anda turut boleh melukis dalam Google Keep.
Google menyedari yang pengguna kadangkala gemar melakar sesuatu dalam aplikasi nota jadi mereka bakal memperkenalkan ciri Help me draw seakan ciri Samsung Galaxy AI iaitu Sketch to image. Pengguna boleh melakar sesuatu dan kemudian menggunakan ciri AI untuk menjana lakaran menjadi lukisan vektor, lukisan diwarnakan dengan pensel warna atau lukisan dengan menggunakan dakwat pena penanda.
Sumber turut menyatakan akan datang Google mungkin turut akan menawarkan ciri lukisan yang dijana berasakan prom teks pengguna. Buat masa ini masih tidak pasti bila ciri ini akan ditawarkan kepada pengguna, dan adakah ia akan dikembangkan kepada aplikasi Google lain seperti Docs? Sama-sama kita nantikan.