Android Switch Adalah Aplikasi Baharu Memudahkan Pengguna iOS Berhijrah Ke Android
Fahim Zahar
Switch to Android baru-baru ini telah dijenamakan semula kepada Android Switch khusus untuk memudahkan lagi pengguna ekosistem Apple berpindah kepada platform Android. Android Switch asalnya adalah Switch to Android yang kini dikemaskini dengan wajah baharu.

Aplikasi baharu ini dikatakan ingin memancing pengguna iOS berhijrah kepada Android dengan senang hati tanpa sebarang risiko kehilangan data. Google turut memastikan pengguna tahu dan jelas apa yang pemindahan data ini boleh lakukan seperti memindahkan data kenalan, kalendar, gambar, video, beralih dari iMessage ke RCS, mendapatkan semula data WhatsApp dan banyak lagi.
Melalui laman web Android Switch, Google turut menukar beberapa ayat promosi mereka untuk meyakinkan lagi pengguna iOS yang berpindah kepada Android turut akan dapat merasai pengalaman penggunaan lebih kurang sama seperti jaminan sekuriti, ciri perkongsian fail yang pantas dan banyak lagi. Aplikasi ini kini tersedia di App Store dan penggunaan adalah semudah imbas kod QR, sambungkan kabel dan ikuti arahan ringkas pada skrin.
[download] Muat turun Android Switch di App Store [/sumber]
[sumber] MacRumors [/sumber]