Carian
Bank Islam Memperkenalkan Aplikasi Dan Web Perbankan Baharu – BIMB
November 21, 2024 Aman

Bank Islam hari ini telah memperkenalkan aplikasi dan web perbankan serba baharu, menggunakan penjenamaan BIMB. Para pengguna Bank Islam sudah boleh memuat-turun aplikasi BIMB di iPhone dan Android, selain turut mengakses perkhidmatan perbankan mereka melalui web BIMB.com.

Aplikasi BIMB oleh Bank Islam ini ditawarkan untuk iPhone, Android dan juga untuk pengguna peranti Huawei. Ia hadir dengan antaramuka yang lebih kemas dan moden, selain memudahkan pengguna menguruskan akaun mereka, simpanan, kad dan juga pinjaman terus melalui aplikasi sama.

Bank Islam mengatakan aplikasi ini adalah versi naik-taraf untuk Go sebelum ini dengan bukan sahaja antaramuka moden dan sekuriti yang lebih baik, tetapi turut menawarkan sokongan untuk membuka akaun dan juga pembayaran zakat. Ciri DuitNow juga disertakan untuk memudahkan proses pembayaran melalui aplikasi BIMB ini.

Untuk menggunakan aplikasi BIMB, pengguna perlu mempunyai peranti dengan iOS 13 dan terkini, atau Android 10 dan terbaru. Bagi anda yang menggunakan akaun Bank Islam, atau ingin membuka akaun baharu, boleh memuat-turun aplikasi BIMB Mobile hari ini di Android, Huawei atau iPhone, atau mengaksesnya melalui web BIMB.com hari ini.

Komen