Nilai Bitcoin Kini Melangkaui $95,000
November 21, 2024
Kewangan
Effi Saharudin
Nilai wang kripto Bitcoin kini melangkaui $95,00 yang merupakan nilai tertinggi sejak ia dilancarkan pada tahun 2009. Ketika artikel ditulis, nilai satu Bitcoin ialah $95,723 (~RM 427,547) yang melangkaui nilai tertinggi sebelum ini iaitu $93,000.

Nilai Bitcoin meningkat pagi ini selepas berita pentadbiran Presiden Trump ingin mewujudkan sebuah jawatan khusus di White House khusus untuk pembentukan polisi berkenaan wang kripto. Sejak Trump memenangi pilihanraya, nilai Bitcoin telah meningkat hampir 40%.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.