Oppo Enco Air 4 Dan Enco X3i Dijual Di Malaysia Bermula RM249
Amy Maizuraa
Oppo turut memperkenalkan dua fon telinga baharu mereka daripada generasi Enco Air 4 dan Enco X3i. Kedua-duanya merupakan set fon telinga nirwayar yang juga sesuai dengan keperluan pengguna yang cenderung menggunakan aksesori itu hampir setiap hari. Tidak kira sama ada sewaktu bekerja, bersenam mahupun sekadar berhibur.

Oppo Enco Air 4 dilengkapi dengan sepasang pemandu audio 12.4mm bersama dua mikrofon terbina dan sistem pembatalan hingar berasaskan AI. Ini dipadankan juga teknologi Oppo Alive Audio untuk pengalaman lebih baik. Tambatan pada peranti melalui bluetooth 5.4 di samping boleh beroperasi diantara 12 hingga 45 jam penggunaan. Penggunaan dengan aplikasi sangat disyorkan untuk kawalan lebih komprehensif termasuk tetapan EQ. Enco Air juga kalis air IP55 yang juga sesuai digunakan semasa bersenam.


Oppo Enco X3i pula menggunakan sepasang pemandu audio 12.4mm yang digabungkan dengan tiga mikrofon dan sistem pembatalan hingar berasaskan AI. Enco X3i juga menyokong coded audio ACC, sambungan Bluetooth 5.3 dan ciri Dual Connection. Hayat bateri pula mencapai 44 jam dengan pengecasan USB-C.
Harga jualan rasmi bermula RM249 untuk Enco Air 4 dan RM499 untuk Enco X3i.