Carian
Ulasan Vivo X200 Pro – Imaginasi Tinggi, Bukan Fantasi
December 2, 2024 Fahim Zahar

Adakah anda kerap terperangkap dalam dunia fantasi, di mana setiap kali anda menggunakan peranti mercu baharu anda perasan diri boleh menjadi jurugambar profesional? Ahli keluarga atau rakan-rakan akan memuji yang anda adalah yang terpaling cool kerana menggunakan peranti ini? Dengan vivo X200 Pro, anda boleh bebas dari dunia fantasi untuk menjadikan imaginasi anda sebagai realiti.

SPESIFIKASI DAN REKAAN

Skrin6.78″ LTPO OLED, 2800 × 1260 piksel,
1Hz-120Hz, 4500 nits, HDR10+,
Armor Glass
CPUDimensity 9400 (3nm)

1x 3.63 GHz Cortex-X925
3x 3.3 GHz Cortex-X4
4x 2.4 GHz Cortex-A720
GPUImmortalis-G925
Memori16 GB RAM LPDDR5X
Storan512 GB UFS 4.0
Kamera BelakangKamera Utama
Zeiss T* (Sudut Lebar)
50MP, ƒ/1.57, OIS,
Zeiss APO (Telefoto)
200MP, ƒ/2.67, OIS,
Sudut Ultra Lebar
50MP, ƒ/2.0
Gimbal
Kamera Hadapan32MP ƒ/2.0
AudioSpeaker stereo
BiometriCap jari bawah skrin
Ultrasonik
Lain-lainWi-Fi 7
360° NFC
Bluetooth 5.4
PerlindunganIP68/IP69
Bateri6,000mAh
Berwayar 90W
Nirwayar 30W
Harga
RM4,699

Untuk skrin vivo X200 Pro, pada awalnya saya sudah mula rasa tidak suka kerana nampak melengkung. Namun begitu, lepas melihat sendiri di depan mata dan menggunakannya untuk beberapa minggu – tahap melengkungnya lebih kepada kemasan kerana kandungan tidak melimpah ke tepi.

Skrin peranti ini turut menyokong paparan HDR10+ dan juga Dolby Vision untuk pengalaman menonton dengan warna yang lebih sedap mata memandang. Skrin vivo X200 Pro ini menggunakan teknologi LTPO untuk kadar segar semula 1Hz ke 120Hz yang cukup lancar, pantas dan konsisten.

vivo X200 Pro masih menggunakan rekaan lebih kurang sama dengan X100 Pro yang saya ulas pada bulan Januari lalu. Apa yang saya suka kali ini rekaan panel belakang lebih ringkas kerana tidak lagi ada teks moto yang menyemak Xtreme Imagination.

Bonggol kamera peranti ini walaupun bersaiz gergasi, ia tidak berat di bahagian atas dan seimbang. Perkara ini hanya disedari selepas penggunaan beberapa hari. Saya juga kurang meminati kemasan kusam yang digunakan kerana mudah menangkap kesan peluh dan sukar untuk dibersihkan.

Pada mulanya saya ada rasa kecewa dengan vivo kerana tidak menyertakan butang kamera fizikal seperti Oppo atau Apple. Namun, saya sedari yang jika Oppo dan Apple tidak mampu menawarkan butang yang sempurna lebih baik vivo langkau dan menawarkannya pada model akan datang.

Dari segi rekaan bahagian lain seperti sisi, atas, bawah dan depan, peranti ini kelihatan sesuai berada dalam kategori mercu premium. Ia selesa dipegang, mudah dikendalikan, tidak lompong dan memang benar-benar merasai peranti mewah berada di dalam tangan.

PENGGUNAAN – Funtouch OS 15, Amplify Intelligence

Benar, saya kerap memuji Funtouch OS yang semakin hari semakin banyak ciri Android stok disertakan. Namun selepas OriginOS semakin maju di China, banyak ciri lebih kurang sama turut dibawakan kepada Funtouch OS. Ini secara tidak langsung menjadikan pengalaman penggunaan peranti ini kurang memuaskan kerana ciri menarik banyak terhad di China sahaja.

Paling saya tidak suka adalah pelancar dengan sistem widget yang tidak mesra pengguna. Ia tidak sekata dan sukar untuk susun dalam grid yang kemas. Kemudian di dalam tetapan sistem, pilihan kustomasi agak berserabut kerana tidak tersusun di dalam satu kategori. Saya juga geram apabila aplikasi gendut yang telah saya matikan (Disable) dan menghalang akses untuk semua, ia masih boleh memberi notifikasi promosi yang menjengkelkan.

Walaupun begitu, untuk penggunaan harian ia sebenarnya baik sahaja. Untuk sesetengah pengguna, apa yang saya alami hanyalah perkara remeh sahaja. Sepanjang penggunaan saya, Funtouch OS walaupun tidak secantik apa yang saya harapkan – sekurang-kurangnya ia konsisten pantas dan lancar. Tidak seperti Google Pixel 9 Pro XL saya yang lebih RM2000 mahal, kini sudah rasa lengah masa dan peralihan animasi yang tidak konsisten.

Bercakap mengenai animasi, Funtouch OS masih di belakang ColorOS atau realme UI 6. Ia tidak menawarkan peralihan animasi yang pantas seakan iOS tetapi sudah menghampirinya. Saya harap dalam kemas kini akan datang perkara ini boleh berubah.

Bagaimana pula dengan ciri AI generatif yang ditawarkan? Pada awalnya saya sangat skeptikal apabila vivo memanggil nama AI mereka sebagai Amplify Intelligence. Selepas mencuba beberapa ciri yang ditawarkan saya terkejut yang ia lebih pantas berbanding Galaxy AI pada Samsung Galaxy atau Apple Intelligence pada iPhone.

Ciri penterjemahan AI untuk panggilan telefonnya menyokong Bahasa Melayu dan prosesnya adalah sangat pantas. Penterjemahan juga agak tepat untuk dari Bahasa Cina ke Bahasa Melayu. Ciri ini turut terus menjana transkrip dan disimpan dalam bahagian sejarah penterjemahan AI tersendiri. Ciri lain adalah janaan teks pada aplikasi Notes yang menggunakan Gemini Nano.

Jadi apa yang Gemini boleh, vivo pun boleh. Kemudian sudah semestinya adalah ciri suntingan AI seperti AI Erase untuk memadam objek di latar. Ia agak kemas dan memuaskan. vivo X200 Pro ini turut dilengkapi dengan Circle to Search sama seperti peranti mercu lain sekarang.

PRESTASI – Gaming dan Penanda Aras Dimensity 940

Bertahun lamanya MediaTek cuba mengejar Qualcomm untuk menawarkan cip peranti mercu yang setaraf dan akhirnya tahun ini ia berlaku bersama Dimensity 9400. Jika dibandingkan tahun lepas, Dimensity 9300 tidak mempunyai kemampuan setaraf Snapdragon 8 Gen 3. Sebaliknya adalah seakan Snapdragon 8 Gen 2 yang sedikit lebih berkuasa. Namun tahun ini, Dimensity 9400 dilihat menjadi pesaing sengit kepada Snapdragon 8 Elite.

AnTuTu 3D

  • MediaTek Dimensity 9400 – 2,312,243
  • Snapdragon 8 Elite – 2,642,097
  • Apple A18 Pro – 1,720,751
  • Snapdragon 8 Gen 3 – 2,200,000
  • Apple A17 Pro – 1,542,050
  • Tensor G4 – 1,016,712
  • MediaTek Dimensity 9300 – 1,852,552

Geekbench 6

  • MediaTek Dimensity 9400 – 1,923/7,102
  • Snapdragon 8 Elite – 2,789/9,002
  • Apple A18 Pro – 3359 / 8129
  • Snapdragon 8 Gen 3 – 2329/7526
  • Apple A17 Pro – 2793/6925
  • Tensor G4 – 1916/4644
  • MediaTek Dimensity 9300 – 2071/5032

Geekbench AI

  • MediaTek Dimensity 9400 – 1,992/1,999/2,917
  • Snapdragon 8 Elite – 2307/2323/3027
  • Apple A18 Pro – 4516 / 7744 / 6204
  • Snapdragon 8 Gen 3 – 1704 / 1829/ 2773
  • Apple A17 Pro – 3705 / 6515 / 5696
  • Tensor G4 – 2058 / 2017 / 3129
  • MediaTek Dimensity 9300 – N/A

3DMark Wild Life Extreme

  • MediaTek Dimensity 9400 – 6,008
  • Snapdragon 8 Elite – 5,922
  • Apple A18 Pro – 4560
  • Apple A18 – 3698
  • Apple A17 Pro – 3746
  • Tensor G4 – 2567
  • Snapdragon 8 Gen 3 – 4717
  • MediaTek Dimensity 9300 – 4067

Berdasarkan pemerhatian saya di media sosial, masih ramai yang skeptikal dengan cip MediaTek. Banyak kali juga saya katakan kepada anda, jika MediaTek anda perlu percaya kepada Dimensity kerana ia tidak lagi seperti dulu yang mudah panas, sistem kerap tergendala dan sebagainya. Cip mereka kini benar-benar berkualiti, termasuklah mempunyai kemampuan AI yang dahsyat.

Sepanjang penggunaan saya untuk beberapa minggu, peranti langsung tidak mengalami masalah lengah masa atau isu pemanasan yang serius. Tidak kira penggunaan ringan atau berat, ia boleh dikendalikan oleh Dimensity 9400 tanpa sebarang masalah.

Untuk permua, vivo tidak cuba menipu pengguna dengan menawarkan permainan video PC cetak rompak. Sebaliknya memfokuskan kepada apa yang mereka pakar, iaitu permua bergrafik tinggi yang tersedia pada peranti Android. Mod gaming yang disediakan menyokong banyak permainan. Saya ada main Call of Duty, Marvel Snap dan beberapa lagi untuk durasi lebih satu jam – peranti memberikan pengalaman terbaik yang memuaskan. Jika vivo merahsiakan cip yang digunakan, saya pasti akan ingat ia dijana cip Snapdragon.

KAMERA – ZEISS + vivo V3+

Peranti ini walaupun nampak seakan sama dengan generasi lepas, di dalamnya semua adalah yang terkini. Teknologi lensa Zeiss yang digunakan juga telah diperbaharui dan vivo turut mempunyai profil warna tersendiri jika ada pengguna yang tidak meminati warna Zeiss.

Setiap hasil rakaman adalah sangat memuaskan. Dari segi fokus, keseimbangan cahaya putih, penghasilan warna, mod potret, mod malam, mod jarak dekat atau sudut ultra lebar. Ia memang nampak hampir sama dengan vivo X100 Pro, tetapi lebih konsisten.

Mod potret manusia, 1x dan zum 3.7x.
Mod jarak dekat bukan makro yang sangat menawan.
Mod makanan, mod malam, zum AI dan sudut lebar yang nampak seakan diambil dengan kamera profesional.
Mod zum dari kereta bergerak dan rakaman swafoto.
Mod hitam putih Zeiss dan hasil gambar beramai-ramai yang tiada masalah fokus.

Kemampuan rakaman video pada vivo X200 Pro kini semakin baik dan konsisten. Semua hasil rakaman stabil, menyokong HDR dan tiada lagi masalah hasil rakaman yang tersangkut-sangkut. Namun begitu, saya masih menggemari rakaman video pada peranti Oppo Find X8 dan iPhone 16.

BATERI – 6000mAh + 90W Memadai?

vivo X200 Pro masih menggunakan sistem pengecasan pantas berwayar 90W yang cukup pantas untuk zaman sekarang. Penanda aras saya adalah jika ia lebih pantas berbanding Apple, Samsung atau Google pun sudah memadai. vivo turut tidak lupa menyertakan pengecasan nirwayar 30W, yang mana agak perlahan berbanding pesaing tetapi sudah memadai.

Untuk ketahanan bateri, kali ini semakin banyak pengeluar peranti menawarkan pelbagai teknologi untuk menjaga hayat bateri dalam jangka masa panjang. Dari segi rekaan dan bahan binaan bateri, integrasi dalam sistem operasi dan juga bantuan AI. Pada vivo X200 Pro, anda tidak perlu risau kerana mereka jamin yang peranti ini akan tahan lama bersama baterinya.

Dalam penggunaan ringan saya, ia tiada masalah untuk mencapai sehingga 8 jam SOT. Sementara penggunaan ekstrem adalah sekitar 6-7 jam bergantung sama ada aktif pada kamera atau permua. Pada saya, untuk sebuah peranti mercu kelas premium ia adalah satu pengalaman yang sangat memuaskan.

PESAING

vivo X200 Prorealme GT7 ProOppo Find X8 Pro
6.78″ LTPO OLED, 2800 × 1260,
1Hz-120Hz, 4500 nits,
HDR10+, Armor Glass
6.78″ LTPO OLED, 2780 x 1264,
1Hz-120Hz, 6000 nits,
Dolby Vision, Gorilla Glass 7i
6.78″ LTPO AMOLED, 2780 × 1264,
1Hz-120Hz
2700 nits (peak), Dolby Vision,
Gorilla Glass Victus 2
Dimensity 9400 (3nm)

CPU
1x 3.63 GHz Cortex-X925
3x 3.3 GHz Cortex-X4
4x 2.4 GHz Cortex-A720
Snapdragon 8 Elite (3nm)

CPU
2x 4.32 GHz Oryon V2 Phoenix L
6x 3.53 GHz Oryon V2 Phoenix M
Dimensity 9400 (3nm)

CPU
1x 3.63 GHz Cortex-X925
3x 3.3 GHz Cortex-X4
4x 2.4 GHz Cortex-A720
GPU
Immortalis-G925
GPU
Adreno 830
GPU
Immortalis-G925
16GB RAM LPDDR5X
512 GB UFS 4.0
12GB RAM LPDDR5X
512 GB UFS 4.0
16GB RAM LPDDR5X
1000 GB UFS 4.0
Kamera Utama
Zeiss T* (Sudut Lebar)
50MP, ƒ/1.57, OIS,
Zeiss APO (Telefoto)
200MP, ƒ/2.67, OIS,
Sudut Ultra Lebar
50MP, ƒ/2.0
Gimbal

Kamera Swafoto
32MP, ƒ/2.0
Kamera Utama
Sony IMX906 (Sudut Lebar)
50MP, ƒ/1.8, OIS,
Sony IMX882 (Telefoto)
50MP, ƒ/2.65, OIS,
Sony IMX355 (Sudut Ultra Lebar)
8MP
HYPERIMAGE+

Kamera Swafoto
16MP, ƒ/2.45
Kamera Utama
Sudut Lebar
50MP, ƒ/1.6, OIS,
Telefoto
50MP, ƒ/4.3, OIS,
Sudut Ultra Lebar
50MP, ƒ/2.0
Potret Hasselblad
50MP, ƒ/2.6
Hasselblad

Kamera Swafoto
32MP, ƒ/2.4
IP68/IP69IP68/IP69IP68/IP69
Audio StereoAudio StereoAudio Stereo
6000mAh
90W Berwayar (Flash Charge)
30W Nirwayar
6,500mAh
120W Berwayar (SuperVOOC)
5910mAh
80W Berwayar (SuperVOOC)
50W, Nirwayar
RM4,699RM3,699RM4,999

DALAM KOTAK

  • 1x vivo X200 Pro
  • 1x Pengecas Flash Charge 90W.
  • 1x Kabel USB-A ke USB-C.
  • 1x Kerangka pelindung.
  • 1x Pin SIM
  • 1x Set panduan dan keselamatan.

KESIMPULAN

Jika anda adalah pengguna vivo X100 Pro, saya akan kata vivo X200 Pro adalah peranti yang berbaloi dimiliki. Kenapa? Bukankah masih awal untuk peranti yang belum berusia satu tahun untuk dinaiktaraf? Ya, tetapi cip vivo V3+ yang memproses imej dan video secara lebih pantas membuatkan peranti lebih seronok dan memuaskan untuk digunakan.

Kemudian, prestasi Dimensity 9400 yang setaraf dengan peranti mercu Snapdragon 8 Elite lain pasti menarik perhatian semua orang. Tidak lupa juga yang Funtouch OS yang semakin menarik, walaupun ia bukan yang sempurna tetapi vivo masih ingin memastikan pengguna mereka menerima pengalaman penggunaan terbaik.

Yang saya hormat dan bangga adalah ciri AI generatif mereka yang lebih pantas berbanding Galaxy AI pada peranti Samsung. Bonus tambahan, ciri AI pada vivo X200 Pro ini turut menyokong bahasa Melayu yang tiada pada Apple atau Samsung.

Pada harga RM4,699 untuk model Pro dan RM3,599 untuk model biasa – vivo X200 Pro sememangnya berbaloi. Google Pixel 9 Pro XL yang saya gunakan sekarang berharga lebih RM6000 pun, tidak mempunyai prestasi dan kemampuan kamera setaraf vivo X200 Pro. Jadi, untuk selamat di masa hadapan dengan pelbagai kemas kini dan ciri menarik – vivo X200 Pro memang patut dimiliki semua orang.

PRO & Kelebihan

  • Skrin LTPO OLED dan pelindung Armor Glass yang mantap.
  • Prestasi peranti yang gila pantas.
  • Kamera Zeiss yang tidak mengecewakan.
  • Ketahanan bateri yang baik dengan pengecasan pantas.
  • Rekaan premium dan skrin hampir rata.
  • Akhirnya ada ciri AI generatif berguna.
  • Perlindungan IP68/IP69
  • Funtouch OS semakin matang.

KONTRA & Kekurangan

  • Peranti mudah memanas untuk aktiviti berat.
  • Kawalan untuk rakaman video masih tidak semudah iPhone.
  • Kemas kini terhad kepada 3 tahun sahaja.
  • Ciri AI masih tidak diintegrasikan ke keseluruhan sistem.

Komen