Google Gemini Akan Membawa Ciri iOS Ke Android
Fahim Zahar
Ya, ini bukan perkara yang mengejutkan di mana aplikasi Google pada peranti Apple biasanya lebih baik berbanding Android. Dua minggu lepas, Gemini telah dilancarkan pada iPhone dan satu ciri eksklusif telah disertakan iaitu mengawal Gemini terus dari kunci skrin dengan Live Activities. Ciri lebih kurang sama ini akan dibawakan ke peranti Android pula.

Betul, Android tiada Live Activities – tetapi sistem notifikasi Android adalah cukup fleksibel. Pembangun bebas melakukan apa sahaja pada notifikasi yang dipaparkan seperti meletakkan butang jeda, butang henti, butang merakam, akses pantas membalas mesej dan pelbagai lagi. Akan datang, aplikasi Gemini pada Android akan menyokong ciri meletakkan panggilan, menjeda atau kemudian sambung semula.
Selepas ini ia tidak lagi terhad kepada satu butang iaitu End Live mode. Ciri ini ditemui dalam kod aplikasi Google versi 15.46.36.sa.arm64. Ia mungkin akan tiba ke pengguna tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikan.
[sumber] Android Authority [/sumber]