Maybank kini memaklumkan para pengguna, mengatakan perkhidmatan DuitNow Transfer dan DuitNow QR tergendala, dan tidak boleh digunakan melalui aplikasi MAE untuk sementara waktu. Sebagai alternatif, pengguna diminta menggunakan khidmat pemindahan IBG untuk tujuan pemindahan wang.
Selain pemindahan keluar, Maybank turut mengatakan pembayaran DuitNow QR dan DuitNow Transfer dari bank lain ke akaun Maybank turut tidak boleh digunakan buat sementara waktu.
Pihak Maybank dalam usaha untuk membaik-pulih perkhidmatan ini secepat mungkin.