Kerajaan Negeri Selangor kini dalam perancangan untuk menguatkuasa larangan penggunaan beg plastik setiap Jumaat hingga Ahad bermula 2025, di sebarang premis perniagaan. Inisiatif ini dikatakan sebagai salah satu langkah dalam terus mengurangkan penggunaan beg plastik.
Untuk makluman, Selangor telah mengimplementasi program beg plastik sifar sejak 2010 yang lepas, dan disokong oleh majoriti besar pasaraya dan perniagaan. Sekiranya pengguna inginkan juga beg plastik, caj sebanyak 20 sen akan dikenakan untuk setiap beg plastik, dan duit berkenaan akan disalurkan untuk program berkaitan persekitaran.
Buat masa ini, kerajaan Selangor sedang dalam proses menilai bidang kuasa dalam menguatkuasa initiatif ini kelak.