Carian
Model AI Fugatto Daripada NVIDIA Boleh Menjana Muzik, Audio Latar dan Suara
November 26, 2024 Effi Saharudin

NVIDIA mengumumkan model AI terbaru mereka iaitu Foundational Generative Audio Transformer Opus 1 atau nama pendeknya Fugatto. Model ini boleh menghasilkan muzik, audio latar dan juga suara berdasarkan prom yang dimasukkan oleh pengguna.

Yang menjadikan Fugatto menarik ialah kemampuannya untuk menggubah semula audio yang telah dihasilkan berdasarkan prom tambahan yang diberikan. Sebagai contoh pengguna boleh meminta instrumen gitar digantikan dengan biola. Ia juga boleh meminta suara yang dijana untuk kedengaran marah, gembira ataupun sedih.

Selain itu pengguna juga boleh mengarahkannya untuk memisahkan suara penyanyi daripada muzik latar berdasarkan fail yang dimuat naik. Selain itu alat muzik baharu juga boleh dicipta seperti seksofon yang berbunyi seperti kucing mengiau.

Fugatto dilatih menggunakan 2.5 bilion parameter dan audio daripada sumber terbuka. Pada ketika ini NVIDIA tidak bercadang memberikan akses kepada model ini secara terbuka atas sebab-sebab keselamatan.

Komen