OpenAI Menambah Akses Pantas ChatGPT Search Pada Apple Shortcuts
Fahim Zahar
OpenAI telah melancarkan enjin carian mereka sendiri yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan generatif, ChatGPT Search. Ia adalah ciri carian AI yang turut menggunakan data dari Bing. Pemalam untuk Chrome turut diperkenalkan bagi memudahkan pengguna menjadikan ChatGPT Search sebagai enjin carian utama. Terbaru, satu lagi kaedah untuk carian pantas telah diperkenalkan.

Ia khusus untuk pengguna peranti Apple yang menggunakan aplikasi Shortcuts. OpenAI telah menambah akses pantas kepada ChatGPT Search bagi mereka yang sedia memasang aplikasi ChatGPT pada iPhone. Dengan ciri ini, pengguna boleh terus tekan ikon untuk akses lebih cepat berbanding buka aplikasi dan tekan ikon lain.
ChatGPT Search masih terhad kepada pengguna yang melanggan pelan ChatGPT Plus dan ChatGPT Teams. Jadi ciri ini juga terhad kepada pengguna yang sama. Akan datang, ciri ini turut akan dikembangkan kepada pengguna percuma.
[sumber] MacRumors [/sumber]