Huawei turut melancarkan peranti boleh lipat terbaru mereka Mate X6 di pasaran China pada Selasa. Peranti ini membawakan beberapa inovasi terkini termasuk penggunaan skrin lebih besar, persediaan kamera belakang yang berbeza dan keupayaan AI yang menarik.
Mate X6 mempunyai skrin dalam sebesar 7.93-inci diikuti dengan skrin sekunder diluar bersaiz 6.45-inci. Ia sedikit lebih besar berbanding pendahulunya Mate X5 yang mempunyai skrin 7.85-inci di bahagian dalam dan 6.4-inci pula diluar. Skrin Mate X6 menyokong kecerahan puncak 1800nits, esolusi 2440 x 1080 piksel dan kadar segar semula 120Hz di bahagian dalam. Sementara itu, skrin sekunder pula mempunyai kecerahan puncak maksimum 2500nits, resolusi 2440 x 2240 piksel dan kadar segar semula 120Hz.
Tiada butiran khusus mengenai cip pemprosesan namun memori 12GB RAM dan storan dalaman mencapai 1TB digunakan. Selain itu menjalankan perisian HarmonyOS NEXT dengan beberapa ciri AI menarik. Antaranya seperti pengguna boleh berkongsi kandungan media dari satu peranti ke peranti lain tanpa menyentuh skrin melalui fungsi Airdrop Gesture. Diikuti dengan kemampuan Celia yang dipertingkatkan untuk pengalaman produktiviti lebih baik.
Turut disertakan adalah kamera utama 50MP RYYB dengan bukaan apertur boleh diubah diantara F1.4-F4.0 dan OIS. Kemudiannya diikuti juga dengan sensor 40MP ultra-lebar dan 48MP untuk kebolehan makro. Selain itu menawarkan zum optikal 4X dan 100X digital, di samping kamera hadapan sebesar 8MP (f/2.4). Bateri pula sebesar 5110 mAh dan menyokong pengecasan pantas 66W berwayar, 50W nirwayar dan 7.5W berbalik.
Peranti juga mempunyai perlindungan IPX8, bluetooth 5.2, USB Type-C dan NFC. Mate X6 dijual bermula CNY 12,999 (~RM7,982) , CNY 14,999 (~RM9,210) dan CNY15,999 (~RM9,824) sebuah.