Arahan Selok-Belok Jalan Kaki Google Maps Kini Boleh Memaparkan Kewujudan Tangga
Fahim Zahar
Mengikut arahan selok-belok pada Waze atau Google Maps kadangkala agak menjengkelkan, apabila informasi tidak lengkap dipaparkan. Misalnya tiba-tiba ada jalan penuh berlubang, atau laluan yang sangat mencurigakan. Terbaru, Google Maps telah dikemaskini untuk memudahkan lagi orang ramai dengan kini boleh memaparkan butiran lebih lengkap.

Kemas kini ini dilihat lebih berguna kepada pengguna yang kerap berjalan kaki. Ini kerana arahan selok-belok kini boleh memaparkan lokasi di mana ada tangga. Pengguna kini boleh melihat dengan jelas, panduan ke destinasi yang lengkap dan boleh bersiap sedia awal untuk mengelak sebarang masalah atau perkara yang tidak dijangka.
Ciri ini akan terpapar secara automatik setiap kali anda mencari panduan selok-belok. Walau bagaimanapun, ia boleh dimatikan jika anda lebih menggemari tangga atau lif kerana tetapan adalah pada Trip options > Wheelchair accessible.
[sumber] 9to5Google [/sumber]