Realme Note 60 Kini Rasmi Di Malaysia Dengan Harga RM399
Amy Maizuraa
Realme telah melancarkan peranti pintar baharu Note 60 di Malaysia pada hari ini. Seperti pendahulunya, ia memberi fokus terhadap ketahanan lebih baik untuk kegunaan lebih panjang. Di samping penawaran pelbagai ciri serta fungsi ideal untuk keperluan kegunaan harian segenap pengguna hari ini.

Realme Note 60 didatangkan dengan skrin LCD HD+ sebesar 6.74-inci dengan kadar segar semula 90Hz. Ini dipadankan dengan cip UNISOC T612, memori 4GB RAM, storan 128GB dan Realme UI (berasaskan Android 14) sebagai tunjang utama. Terdapat juga ciri Mini Capsule 2.0 yang membawakan sejumlah fungsi seperti status pengecasan, kiraan tapak harian, kemaskini cuaca dan penggunaan data internet.

Bateri 5000mAh disertakan pula boleh dicas melalui sistem pengecasan 10W dan port USB-C. Realme turut melengkapkan peranti dengan kamera utama 32MP, swafoto sebesar 5MP, pengimbas cap jari sisi, bicu audio 3.5mm dan kalis air IP64. Harga jualan rasmi adalah RM399 dengan pilihan warna Voyage Blue dan Marble Black.