Carian
Siri Vivo S20 Dilancarkan Dengan Dimensity 9300+ Dan Kamera 50MP OIS
November 29, 2024 Amy Maizuraa

Vivo telah melancarkan dua produk baharu iaitu S20 dan S20 Pro secara rasmi di China. Walaupun terdapat persamaan, perbezaan utama antara kedua-dua peranti ini adalah cip pemprosesan, kamera dan kapasiti bateri. Selain itu panel rata digunakan pada model S20 manakala versi pro dilengkapi skrin melengkung pada keempat-empat sisi.

vivo S20

Kedua-dua model ini menggunakan skrin AMOLED 1.5K sebesar 6.67-inci dengan kadar segar semula 120Hz. Selain itu mempunyai persijilan HDR10+ dan kecerahan puncak mencapai 5000nits. Ini dipadankan juga dengan cip Snapdragon 7 Gen 3 pada model S20 manakala versi Pro pula dijana dengan cip Mediatek Dimensity 9300+. Pilihan memori pula sehingga 16GB RAM dan storan dalaman 512GB.

vivo S20 Pro

Vivo melengkapkan lagi model S20 Pro dengan tri-sensor 50MP untuk utama, ultra-lebar dan telefoto dengan zum optikal 3X. Sementara itu model S20 pula mempunyai kamera utama 50MP +8MP ultra-lebar dengan OIS. Kedua-duanya juga mempunyai ciri Aura Light dan kamera swafoto sebesar 50MP. Kapasiti bateri 6500mAh lebih besar dengan pengecasan pantas 80W digunakan pada model S20, manakala S20 Pro dikuasai bateri 5500mAh yang boleh dicas melalui pengecasan pantas 90W.

Lain-lain spesifikasi termasuklah Bluetooth 5.4, pengimbas cap jari skrin, pembesar suara stereo dan kalis air IP64. Harga jualan rasmi adalah bermula RMB 2299 (~RM1,408) untuk S20 dan bermula RMB3399 (~RM2,082) untuk model pro.

Komen