Honor X9c Smart 5G Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 11 Disember 2024
Amy Maizuraa
Honor telah mengumumkan telefon pintar baharu yang dikenali sebagai X9c Smart akan ke pasaran Malaysia pada bulan hadapan. Ia boleh menjadi pilihan lebih berpatutan untuk model X9C sedia ada yang juga memberi fokus terhadap ketahanan jangka masa panjang.

Setakat diketahui peranti akan didatangkan dalam tubuh yang nipis bersama bonggol kamera bulat di belakang. Selain turut mengekalkan tiga tahap ketahanan termasuk kalis air dan calar seperti X9C 5G menjadikannya pilihan ideal untuk mereka yang mencari telefon pintar tahan lasak. Butiran lanjut sudah pastinya diumumkan ketika pelancaran rasmi kelak yang termasuk harga jualan rasmi di Malaysia.
Sebagai rujukan, Honor X9C 5G sedia dijual di Malaysia dengan harga jualan bermula RM1,499 dan RM1,699 sebuah. Anda yang ingin mendapatkan telefon berkenaan boleh membelinya melalui kesemua pengedar sah Honor di seluruh Malaysia.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.