Siri Honor 300 Akan Mempunyai Versi Ultra
Amy Maizuraa
Kita telah melihat beberapa pengeluar yang menawarkan versi ultra menerusi rangkaian peranti masing-masing. Kini giliran Honor berbuat demikian melalui siri nombor baharu yang bakal dilancarkan di China pada bulan Disember mendatang.

Penawarannya dilihat berbeza dengan dua model sebelum melalui sokongan kamera dengan lensa telefoto periskop untuk tangkapan gambar jarak jauh. Diikuti dengan penjenamaan Potrait Master yang berwarna merah dan bukanlah perak seperti yang diperlihatkan pada dua model sebelum. Sebanyak dua pilihan warna disediakan yang terdiri dengan hitam dan putih bersama jenis kemasan belakang berbeza Untuk rujukan, pengenalan ini merupakan kali pertama Honor menawarkan versi Ultra dalam rangkaian telefon pintar keluarannya.

Seterusnya membuktikan bahawa Honor mempunyai idea tertentu untuk memenuhi pelbagai keperluan segenap pengguna. Selain itu mereka juga sedia menjual siri Honor 200 yang kini boleh dibeli pada RM2499 untuk versi pro. Sementara itu Honor 200 pula masing-masing kini berharga RM1,999 (12/512GB) dan RM1,699 (12/256GB)