Carian
Realme V60 Pro Dilancarkan Dengan Cip Dimensity 6300 Dan Kalis Air IP69
November 29, 2024 Amy Maizuraa

Realme telah melancarkan telefon pintar baharu V60 Pro secara rasminya di China. Rekaan digunakan adalah sama seperti Realme C75 yang diumumkan tempoh hari. Namun terdapat beberapa perubahan untuk penawaran perkakasan dalaman.

Menyentuh mengenainya telefon ini dilengkapi skrin LCD HD+ sebesar 6.67-inci dengan kadar segar semula 120Hz. Ini dipadankan dengan cip Mediatek Dimensity 6300, memori 12GB RAM LPDDR4X dan memori mencapai 512GB UFS 2.0. Bateri 5600mAh disertakan boleh dicas melalui sistem pengecasan pantas 45W dan port USB-C. Selain itu mempunyai kamera utama 50MP dan swafoto sebesar 8MP.

Lain-lain spesifikasi termasuk pengimbas cap jari sisi, bluetooth 5.3, dan kalis air IP68/69. Harga jualan rasmi bermula RMB 1599 (~RM980) dan RMB1799 (~RM1,103) sebuah.

Komen