Waze kini dilihat telah mula mengaktifkan ciri memfokuskan kenderaan elektrik untuk pengguna Malaysia. Walaupun laman sokongan rasmi masih belum mengumumkannya, namun, sejumlah pengguna telah mula menerima kemaskini baharu ini melalui aplikasi navigasi Waze.
Melalui ciri ini, pengguna boleh melihat pengecas kenderaan elektrik terdekat dengan mereka, termasuk maklumat berkaitan palam pengecas, bagaimana melakukan bayaran, serta caj yang dikenakan untuk pengecasan.
Bagi anda yang menggunakan Waze, boleh mengaktifkan ciri ini dengan ke halaman Settings pada aplikasi Waze, dan seterusnya pilih Vehicle Details, dan aktifkan pada Electric Vehicles.