Carian
Casio Dan Selangor FC Bekerjasama Memperkenalkan Jam Edisi Terhad “Lambang Kebanggaan” Pada Harga RM495
December 1, 2024 Aman

Casio Malaysia kini mengumumkan kerjasama dengan Selangor Football Club, sekaligus memperkenalkan jam tangan edisi khas dinamakan Lambang Kabanggaan DW-5600SFC24-4. Jam tangan ini dinamakan bersempena dengan cogan kata Selangor FC sendiri, iaitu “Merah Kuning Lambang Kebanggaan”.

Jam berkenaan sendiri menggunakan warna merah secara dominan, dan turut disertakan warna kuning padanya – selari dengan bendera negeri Selangor berwarna merah dan kuning. Ia membawakan rekaan klasik, dan menariknya jata kelab akan diperlihatkan apabila pengguna mengaktifkan cahaya LED pada latar.

Jam tangan ini hanya akan ditawarkan sebanyak 1000 unit sahaja di Malaysia, pada harga RM495. Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan secara atas-talian seperti Shopee bermula hari ini, atau melalui kedai fizikal terpilih bermula 7 Disember 2024.

Komen