Pengiklan Produk Kewangan Di Meta Perlu Mengesahkan Identiti Bermula 2025
Effi Saharudin
Facebook ialah laman media sosial yang paling popular di dunia maka ia juga menjadi platform pilihan oleh penipuan penyembelihan babi dan penggunaan identiti selebriti tanpa kebenaran. Pihak berkuasa Australia menyedari terdapat banyak insiden scam menggunakan identiti selebriti di negara mereka yang menyebabkan kerugian ratusan juta Dolar. Oleh itu bermula tahun 2025, syarikat yang ingin mengiklankan perkhidmatan berasaskan kewangan di Meta diwajibkan mengesahkan identiti mereka terlebih dahulu menggunakan lesan pendaftaran syarikat.

Lesen ini kemudiannya akan disahkan oleh Suruhanjaya Pelaburan Sekuriti Australia. Sekiranya duta selebriti digunakan untuk pengiklanan, pengesahan identiti dan dokumen kebenaran turut diperlukan. Sistem baharu ini akan berkuatkuasa bermula Februari 2025 dan diharapkan dapat mengelakkan insiden insiden Perdana Menteri dan selebriti Australia digunakan untuk melakukan penipuan atas talian menggunakan platform milik Meta.
Ini akan menjadikan Australia negara ketiga selepas UK dan Taiwan yang memerlukan pengesahan identiti sebelum pengiklanan produk kewangan boleh dilakukan. Dengan masalah yang sama turut berlaku di Malaysia, mungkin sudah tiba waktunya pihak berkuasa tempatan mengeluarkan arahan yang sama kepada Meta di Malaysia.
[sumber] The Guardian [/sumber]