Carian
Elon Musk Memfailkan Injunksi Menghalang OpenAI Mengubah Status Syarikat
December 2, 2024 Effi Saharudin

Elon Musk memfailkan injunksi ke atas OpenAI khusus CEO Sam Altman, presiden Greg Brockman, Microsoft dan ahli lembaga pengarah bagi menghalang syarikat kecerdasan buatan (AI) ini mengubah status daripada syarikat bukan untung (non profit) kepada yang syarikat mengaut untung (for profit).

Dalam dokumen yang difailkan lewat Jumaat lalu di California, Musk mendakwa OpenAI menggunakan kedudukan mereka untuk tidak menggalakkan pelabur mereka untuk tidak melabur kepada pesaing seperti xAI milik beliau. OpenAI turut didakwa menggunakan kerjasama dengan Microsoft untuk mengakses maklumat sensitif yang menguntungkan mereka. Ini tambah Musk akan menjadikan amalan perniagaan OpenAI anti persaingan yang melanggar beberapa undang-undang Amerika Syarikat.

OpenAI telahpun mengeluarkan kenyataan menyangkal dakwaan Elon Musk dan mengatakan sama difailkan tidak mempunyai sebarang merit. Awal tahun ini Elon menyaman OpenAI kerana didakwa melanggar perjanjian untuk tidak mengubah status syarikat semasa beliau merupakan pelabur awal. Di peringkat awal Elon Musk melaburkan $44 juta ke dalam OpenAI sebelum menarik diri kerana pertelagahan dengan Sam Altman.

Komen