Carian
Realme Akan Memperkenalkan Peranti GT Neo7 Dengan Bateri Sebesar 7000mAh
December 2, 2024 Amy Maizuraa

Realme mengesahkan akan melancarkan variasi baharu telefon pintar daripada generasi Neo di China pada 11 Disember nanti. Dikenali sebagai Realme Neo7, ia boleh menawarkan spesifikasi pertengahan dengan tumpuan terhadap prestasi dan hayat bateri. Melaluinya, ia menampilkan bateri berkapasiti 7000mAh dengan kemampuan bertahan mencapai tiga hari penggunaan.

Selain itu Realme akan memperkenalkan teknologi bateri Titan baharu yang telah dibangunkan dengan kerjasama Ningde New Energy (CATL). Ia dijangka menawarkan ketumpatan tenaga yang lebih tinggi sambil mampu mengekalkan berat peranti yang simbang. Kita turut boleh menjangkakan sistem pengecasan pantas 80W boleh disertakan bersama-sama bateri 7000mAh yang besar tadi.

Gambar sekadar rujukan : Realme GT Neo6

Realme belum mengesahkan sebarang spesifikasi lain. Tetapi jangkaan awal mendapati ia mungkin mempunyai skrin AMOLED, cip Dimensity 9300 dan tubuh senipis 8.5mm. Untuk rujukan GT Neo6 sebelum ini dilancarkan dengan skrin AMOLED 120Hz, cip Snapdragon 8s Gen 3, kamera utama 50MP, bateri 5500mAh dan pengecasan pantas 120W.

Komen