Eksorangka telahpun dibangunkan oleh beberapa firma Jepun bagi mengurangkan kecederaan pada pekerja dan membolehkan insan lebih tua melakukan tugasan yang lebih serasi untuk pekerja mudah. Hyundai Kia kini juga telah melancarkan eksorangka yang menurut mereka adalah seperti sebuah robot yang boleh dipakai pada tubuh bagi mengurangkan beban pekerja yang sentiasa memandang ke atas.
Eksorangka X-ble Shoulder mengurangkan beban pada bahu pekerja sehingga 60% dan aktiviti otot sehingga 30%. Yang menjadikan X-ble Shoulder menarik ialah ia tidak memerlukan sebarang bateri kerana menggunakan sistem tork mekanikal.
Dua versi dihasilkan masing-masing memberikan bantuan daya mengangkat 2.9 kgf dan 3.7kgf kepada pemakai. Dalam ujian yang dilakukan eksorangka ini boleh melakukan sehingga 700,000 setahun tanpa mengalami kerosakan. Berat unit pula ialah 1.9 kilogram.
Hyundai Kia mengatakan ciptaan mereka ini serasi digunakan dalam sektor pemasangan automotif, aeroangkasa, pembinaan, logistik, perkapalan, dan pertanian. Ia akan mula dijual pada separuh pertama 2025 di Korea sebelum ke pasaran antarabangsa pada tahun 2026 namun harga belum lagi diumumkan.