Carian
Orang Ramai Dinasihatkan Agar Tidak Terbangkan Dron Tanpa Kelulusan Di Kawasan Banjir
December 2, 2024 Aman

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) kini berkongsi nasihat, agar orang ramai tidak menerbangkan dron tanpa kelulusan di kawasan-kawasan yang terjejas akibat banjir, termasuk di Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah.

Penggunaan dron tanpa kelulusan ini dikhuatiri boleh menganggu sebarang aktiviti pemantauan udara yang dilakukan oleh pasukan penyelamat, termasuk apabila melibatkan operasi mencari dan menyelamat menggunakan helikopter. Disamping itu, menerbangkan dron tanpa kelulusan di kawasan terjejas banjir juga mungkin membawa kepada risiko keselamatan dan sekuriti orang ramai.

Ia turut diingatkan yang mana sebarang aktiviti penerbangan yang boleh mengundang bahaya kepada orang awam atau harta benda adalah tertakluk dibawah Seksyen 4 Akta Penerbangan Awam 1969 (Akta 3); Peraturan 98, Peraturan 140-144, Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam Malaysia (MCAR 2016) dan Civil Aviation Directives (CADs).

Komen