Shopee kini mengemaskini aplikasi, dan telah mula mengintegrasikan sokongan kecerdasan buatan dalam menjana rumusan dan ringkasan ulasan orang ramai untuk sesuatu produk. Dengan langkah ini, ia dilihat ingin memudahkan pengguna mendapatkan pandangan dan ulasan secara kasar, tanpa perlu membaca satu-satu ulasan untuk produk yang ingin dibeli.
Ciri ini dilihat masih belum diaktifkan untuk semua produk, dan dipaparkan pada sebahagian produk dan penyenaraian terpilih di Shopee. Pengguna diperlihatkan dengan label “Ringkasan Ulasan” pada bahagian atas ulasan pengguna, dan ia dilihat menggunakan bahasa Inggeris sahaja buat masa ini.
Tidak diketahui lagi bilakah Shopee akan memperluaskan lagi penggunaannya, termasuk mengintegrasikan sokongan bahasa Malaysia pada ringkasan AI ini. Bagi anda sendiri, adakah ciri ini membantu anda, atau anda lebih selesa membaca ulasan pengguna dibawah produk satu per satu?