Tema Klasik PS1, PS2, PS3 dan PS4 Kini Boleh Digunakan Di PlayStation 5
Effi Saharudin
Selamat ulang tahun ke-30 kami ucapkan kepada Sony PlayStation.Konsol yang bermula daripada kegagalan usahasama Sony dan Nintendo kini sudah berusia tiga abad dengan jualan keluarga PlayStation sudah melangkaui 700 juta unit. Sempena sambutan ulang tahun ini, Sony memberikan tema klasik pada siri konsol PlayStation 5 lewat malam tadi.
Pemilik diberikan pilihan tema antaramuka dan audio sistem daripada konsol PlayStation, PlayStation 2, PlayStaion 3 dan PlayStation 4. Animasi serta but naik PS5 juga diubah kepada animasi but PlayStation asal yang cukup ikonik. Anda hanya harus mengemaskini ke versi terkini dan sejurus selepas memasuki muka hadapan, anda akan menerima notifikasi untuk mencuba tema-tema klasik ini.

Malang sekali Sony mengatakan ciri ini hanya akan diberikan untuk tempoh yang terhad sahaja tetapi ramai peminat khususnya daripada golong gamer tua seperti kami kini memohon Sony mengekalkan ciri ini selama-lamanya. Selamat Hari Jadi PlayStation!