Carian
Honor 300 Ultra Kini Rasmi – Cip Snapdragon 8 Gen 3 Dan Kamera Telefoto Periskop
December 3, 2024 Amy Maizuraa

Honor 300 Ultra turut diumumkan sekali gus melengkapkan lagi rangkaian siri nombor baharu Honor di China. Ia menggunakan skrin AMOLED FHD+ sebesar 6.78-inci dengan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak 4000nits. Selain itu dijana dengan cip Snapdragon 8 gen 3 bersama pilihan memori sehingga 16GB RAM dan storan dalaman 1TB.

Honor menyertakan juga perisian terkini MagicOS 9.0 berasaskan Android 15 untuk pelbagai ciri berasaskan AI menarik yang termasuk Smart Translation, Smart Capsules, Smart Office dan Yoyo Agent. Kamera utama terdiri dengan 50MP lebar (OIS) + 50MP telefoto periskop (OIS) + 12MP ultra-lebar bersama autofokus. Sementara itu kamera swafoto pula sebesar 50MP (f/2.1).

Antara ciri lain yang boleh ditemui ialah bateri berkapasiti 5300mAh, pengecasan pantas berwayar 100W dan nirwayar 80W. Diikuti juga dengan imbasan cap jari atas skrin, pembesar suara stereo, NFC dan kalis air IP65. Harga jualan rasmi bermula RMB4199 (~RM2,571) sebuah.

Komen