Carian
Fon Telinga Honor Earbuds X8 Mampu Beroperasi Sehingga 40 Jam
December 3, 2024 • Amy Maizuraa

Fon telinga nirwayar Honor Earbuds X8 turut dilancarkan dengan kekuatan terletak pada ketahanan bateri sehingga 40 jam. Ia merupakan fon dari jenis dalam telinga dengan rekaan tubuh bertangkai pandang yang mempunyai panel kawalan sesentuh. Ia juga dilengkapi sepasang pemandu audio sebesar 10mm yang juga melepasi China Electronic Audio Industry Association’s Golden Ear Product Certification.

Selain itu mempunyai keupayaan empat kesan bunyi EQ terbina yang boleh bertukar diantara satu sama lain dengan mudah. Setiap putik audio boleh beroperasi sehingga 9 jam dan meningkat 40 jam dengan bantuan pod pengecas. Di samping melepasi kalis air IP54 yang sesuai dibawa bersenam dan dijual pada harga RMB299 (~RM183) seunit

Komen