Haier menyambut ulang tahun mereka yang ke-40 tahun ini. Sempena menyambut ulang tahun ini, Haier Malaysia menyasarkan mereka akan mempunyai 75 stor fizikal di seluruh negara. Ini adalah peningkatan daripada 55 stor sedia ada. Dalam acara pelancaran untuk rantau Asia Tenggara pagi ini, Haier mengatakan mereka kini jenama nombor satu untuk penyaman udara di Malaysia.
Haier Malaysia juga berjaya mencapai sasaran meningkatkan jualan sebanyak 40% pada tahun 2024. Kesemua produk mereka turut mencatatkan peningkatan. Penyaman udara meningkat 47%, televisyen meningkatkan 38%, mesin basuh meningkat 37% dan peti sejuk pula meningkat 35% berbanding tahun 2023.
Sehubungan itu Haier Malaysia turut menyasarkan untuk mencatatkan keuntungan konsisten sebanyak 30% serta pegangan pasaran melebihi 30% menjelang 2029.