Carian
Tesla Akan Melancarkan Aplikasi Untuk Apple Watch Tidak Lama Lagi
December 3, 2024 Nazrin

Sebagai sebahagian daripada kemaskini musim cuti mereka, Tesla mengesahkan bahawa mereka akan memperkenalkan aplikasi khusus untuk aksesori jam pintar Apple Watch seawal minggu hadapan.

Dengan aplikasi ini, pemilik kenderaan Tesla boleh menggunakan Apple Watch sebagai kunci kereta, butang untuk membuka bonet hadapan, pengawal iklim dalam kereta, dan juga sebagai satu cara untuk melihat tahap pengecasan kenderaan tanpa menggunakan iPhone.

Dalam pada itu, Tesla juga mengatakan bahawa sebagai sebahagian daripada kemaskini musim cuti ini, aplikasi pada peranti iPhone juga boleh menonton dan meyimpan rakaman video yang dirakam pada kamera kereta.

Bagi pemilik kereta Tesla, ciri ini pastinya adalah satu yang sangat ditunggu-tunggu kerana ia memudahkan operasi kereta tanpa perlu terlalu bergantung kepada peranti pintar ataupun kunci kereta Tesla sendiri.

Komen