Februari lalu hakim daripada mahkamah Delaware menafikan Elon Musk ganjaran $56 bilion (~RM250 bilion) selepas beliau berjaya memenuhi sasaran jualan Tesla. Keputusan diambil selepas beberapa pemegang saham Tesla mengatakan ganjaran yang diberikan adalah melampau dan seharusnya dilaburkan kembali ke dalam syarikat dan bukannya diberikan kepada Musk. Elon Musk telah melakukan rayuan tetapi sekali lagi ia ditolak oleh mahkamah.
Hakim mengatakan bukti baharu daripada peguam Musk gagal menunjukkan beliau layak menerima ganjaran dijanjikan. Walaupun majoriti pemegang saham Tesla kemudiannya mengundi untuk memberikan ganjaran kepada Musk, hakim mengatakan ia tidak boleh digunakan untuk melanggar keputusan mahkamah.
Peguam yang mewakili pemegang saham yang menentang turut dianugerahkan $346 juta . Elon Musk sekali lagi memfailkan rayuan ke atas keputusan ini. Pada ketika ini Elon Musk ialah manusia terkaya dunia dengan aset bernilai $336 bilion (~RM 1.54 trilion) yang semakin meningkat kerana saham Tesla menjadi semakin bernilai selepas kemenangan Trump.