Carian
Deposit Emas Terbesar Dunia Ditemukan Di China Bernilai RM369 Bilion
December 3, 2024 Effi Saharudin

Deposit emas terbesar dunia telah ditemukan di China minggu ini dengan ahli geologi tempatan menganggarkan ya bernilai RMB 600 bilion (~RM369 bilion). Medan emas Wangu di tengah China ini dipercayai mengandungi 1000 tan metrik emas. Ini membolehkannya memintas lombong South Deep di Afrika Selatan yang mengandungi 930 tan metrik emas.

Biro Geologi Wilayah Hunan mengumumkan pengesanan 40 urat emas dengan deposit berada pada kedalaman sehingga 3 kilometer bawah tanah. China yang pada ketika ini menyumbang 10% pengeluaran emas dunia yang juga menjadikannya yang terbesar.

Sungguhpun begitu keperluan emas tahunan China adalah lebih tinggi dengan dianggarkan jika kesemua emas Wangu dilombong, ia hanya dapat bertahan selama 1.4 tahun. Emas ialah komoditi yang diperlukan bagi tujuan pengilangan barangan elektronik.

Setakat ini dianggarkan 212,582 tan metrik emas telah dilombong oleh manusia dengan 2/3 daripadanya dilombong selepas 1950. Adalah dipercayai manusia mula melombong emas lebih 6000 tahun yang lalu di Mesir dan Timur Tengah dengan ia digunakan sebagai bahan perhiasan serta simbol status kekayaan.

Komen