Carian
Ubisoft Menamatkan XDefiant Bermula Jun Tahun Depan
December 4, 2024 Effi Saharudin

XDefiant menjadi sebuah lagi permainan video atas talian yang dihentikan perkhidmatannya disebabkan oleh jumlah pemain yang berkurangan. Menurut Ubisoft, pemain baharu tidak lagi akan diterima bermula hari ini dengan permainan hanya boleh dimainkan sehingga 3 Jun 2025 sebelum kesemua pelayan ditutup.

Langkah yang drastik diambil walaupun XDefiant baru sahaja dilancarkan pada Mei lalu. Ubisoft akan memulangkan semula wang pemain yang membeli Ultimate Founders Pack, DLC dan juga mata wang maya dalam permainan untuk membeli pelbagai peralatan.

Ketika dalam ujian Beta tahun lalu, permainan ini mampu menarik lebih 1 juta pemain sebelum mencatatkan lebih 10 juta pemain dua minggu selepas dilancarkan secara rasmi. Walaupun permainan akan ditamatkan, kandungan musim ketiga XDefiant masih akan dilancarkan kepada mereka yang masih memainkannya.

XDefiant menjadi sebuah lagi projek permainan video FPS atas talian daripada studio terkemuka yang mengumumkan penutupan selepas Concord beberapa bulan lalu. Malang sekali dengan XDefiant tidak diteruskan, Ubisofy turut menutup studio mereka di  San Francisco, dan Osaka serta mengurangkan tenaga kerja di Sydneyyang akan menyebabkan hampir 300 kakitangan dibuang.

Komen