Carian
AWS Membina Project Rainier – Kluster Komputer AI Yang Akan Digunakan Anthropic
December 4, 2024 Effi Saharudin

Project Rainier diumumkan oleh Amazon Web Services (AWS) dengan ia merupakan kluster komputer kecerdasan buatan (AI) yang menggunakan cip Trainium2 rekaan mereka sendiri. Komputer AI ini akan digunakan oleh Anthropic untuk melatih model kecerdasan buatan (AI) mereka.

Trn2 UltraServers

Infrastruktur AWS digunakan oleh Anthropic kerana mereka telah menerima dana $8 juta daripada Amazon. Menerusi kerjasama ini, Amazon ingin mengakses kemampuan AI daripada pesaing OpenAI dan pada waktu yang sama Anthropic akan berkongsi cadangan bagi membangunkan ciop Trainium generasi seterusnya.

Setiap cip Trainium2 direka bagi mengoptimasikan tugasan melatih model AI terkini. Ia dilengkapi lapan teras NeuronCores yang dipadakan pula dengan memori HBM sebesar 96GB. Project Rainier AI akan mempunyai ratusan ribu cip Trainium 2 yang diletakkan di dalam pelayar Trn2 UltraServers.

Pembinaan Project Rainier dijangka siap tahun depan dan apabila beroperasi kelak membolehkan Anthropic mengakses kemampuan memproses lima kali ganda lebih besar berbanding yang digunakan mereka sebelum ini.

Komen