Apple kini menawarkan pula pelaburan bernilai $1 bilion di Indonesia bagi membolehkan siri iPhone 16 dijual di negara tersebut. Ini adalah peningkatan 900% berbanding penawaran asal $100 juta yang telah ditolak oleh Kementerian Perindustrian Indonesia.
Menteri Pelaburan Rosan Roeslani mengatakan cadangan komitmen Apple di Indonesia akan diketahui dalam masa seminggu. Beliau berkata syarikat mendapat manfaat daripada jualan di Indonesia perlu melakukan pelabur dan mencipta pekerjaan di dalam negara.
Apakah perbezaannya dengan pelan pelaburan asal Apple masih belum diketahui. Sebelum ini Menteri Perindustrian Agus Gumiwang Kartasasmita berkata pelaburan ke dalam kilang aksesori tidak mencukupi apabila dibandingkan dengan pelaburan Apple di Thailand dan Vietnam. Indonesia ingin menjadi sebahagian rantaian belakang Apple yang sekaligus akan memenuhi keperluan sekurang-kurangnya 40% komponen dalam peranti untuk pasaran tempatan di bina di dalam negara sebelum peranti boleh dijual.