Carian
AMD Akan Memperkenalkan Produk-Produk Baru Di CES 2025 Pada 6 Januari Ini
December 4, 2024 Nazrin

AMD dijangka akan memperlihatkan sejumlah produk-produk baru, yang kebarangkalian besar adalah merupakan komponen-komponen komputer yang baru. Mereka baru sahaja mengesahkan bahawa mereka akan mengadakan acara media pada 6 Januari 2025 kelak di acara CES 2025 yang akan berlangsung di Las Vegas.

Jack Huynh, Timbalan Presiden dan Pengurus Besar bahagian Computing & Graphics di AMD telah membuat pengumuman bahawa AMD akan memperlihatkan teknologi baru berkenaan perkomputeran, grafik, AI, PC dan komersil di acara tersebut.

https://twitter.com/JackMHuynh/status/1863946658381222214?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1863946658381222214%7Ctwgr%5Ef2015a4ce1c1ed7583bb84420e6c73f5fb397359%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fvideocardz.com%2Fnewz%2Famd-announces-ces-2025-press-event-with-next-generation-of-innovation-in-gaming

Setakat ini, apa yang kita tahu akan dilancarkan termasuklah pengenalan teknologi grafik RDNA 4 yang terdiri daripada beberapa kad grafik baru, siri cip pemprosesan AMD Ryzen Z2 yang akan digunakan untuk menguasakan konsol-konsol PC dan juga AMD Strix Halo, yang dikatakan akan mengubah industri komputer riba gaming.

Melihat pada laman web AMD sendiri, mereka juga nampaknya akan memperlihatkan pengumuman baru dalam segmen AI dan juga automotif, khususnya dari segi inforia, gaming, pemprosesan video dan pengumuman mengenai komponen System-on-a-Chip yang baru.

Komen