Carian
Jam
Casio Melancarkan Jam Tangan Tahan Suhu Panas Melampau
December 4, 2024 Effi Saharudin

Casio terkenal dengan siri G-Shock yang tahan hentakan dan boleh dibawa menyelam. Kemampuan luar biasa ini menjadikannya jam pilihan anggota pasukan khas tentera seluruh dunia. Di Jepun Casio melancarkan jam yang mempunyai kemampuan tahan suhu panas melampau pula untuk digunakan di dalam bilik sauna.

Jam Casio CPP-002 ini boleh berfungsi sehingga suhu mencecah 100 darjah Celcius dan juga diperbuat daripada bahan yang akan membuatkan pemakai mengalami kesan lecur. Kerangka jam diperbuat daripada bahan resin tahan panas dengan skrin logam disorokkan supaya tidak menyentuh kulit pemakai.

Nombor pada muka jam bersaiz besar supaya ia masih boleh dilihat dalam bilik sauna penuh wap. Tali jam juga dari jenis gelung yang membuatkan kulit tangan selesa memakainya tanpa memerangkap peluh. Terdapat mod pemasa 12 minit kerana di Jepun ini dipercayai ialah masa maksimum untuk berada dalam bilik sauna. Di Jepun ia sedang mengumpul dana menerusi laman biayasama sama dan boleh dibeli pad harga 7,840 Yen (~RM 232) seutas

Komen