Carian
MG Cyberster, Roadster Elektrik Pertama Di Malaysia Dilancarkan Pada Harga RM 319,900
December 4, 2024 Ikhwan Nazri

Di acara KLIMS 2024 hari ini MG Malaysia turut mengambil peluang untuk mengumumkan harga kereta elektrik mereka dalam kelas Roadster, iaitu MG Cyberster pada harga RM 319,900. Kereta dengan dua tempat duduk ini sekaligus menyertai barisan penawaran MG menerusi kereta elektrik dan juga kereta petrol bagi memeriahkan pilihan pengguna tempatan. 

MG Cyberster yang merupakan roadster elektrik pertama di Malaysia tampil bergaya dengan kuasa motor elektrik 375 kW dan tork maksimum 725 Nm. Ia turut mempunyai saiz bateri yang sama dengan MG 4 Extended Range, iaitu 77 kWh namun mempunya jarak perjalanan sekitar 446km memandangkan mempunyai pacuan 4 roda. Kuasa pengecasan DC pula adalah 150 kW membolehkan pengecasan pantas 10%-80% dalam masa 38 minit, manakala pengecasan AC pula adalah 7kW dan mengambil masa sekitar 10 jam untuk pengecasan penuh. 

Untuk pembeli tempatan, MG Cyberster turut hadir dengan jaminan selama 7 tahun atau 150,000 jarak perbatuan, jaminan bateri selama 8 tahun atau 180,000 KM jarak perbatuan, jaminan motor elektrik selama  8 tahun atau 160,000 dan juga unit pengecasan 7kW. Lebih menarik lagi adalah tawaran pengecasan percuma selama 1 tahun menerusi JomCharge dan ia turut menyokong fungsi AutoCharge, dimana pengguna hanya perlu mencucuk pengecas tanpa perlu melancarkan sebarang aplikasi. 

Komen